{60}
Al-Mumtahanah (perempuan yang diuji). 1~13.
1. Hai
orang-orang yang beriman ! jika (benar)
kamu keluar (dari Mekah) kerana hendak
berjihad dijalan ku dan hendak kan keredaan ku, jangan lah kamu jadikan musuh ku dan musuh kamu itu sahabat-sahabat
yang kamu sampaikan (khabaran-khabaran) kepada mereka dengan sebab percintaan,
pada hal mereka telah kufur kepada kebenaran yang datang kepada kamu, mereka
usir Rasul dan kamu, lantaran kamu beriman kepada Allah, Tuhan kamu, (tetapi) kamu bisik kan (rahsia) kepada mereka
lantaran percintaan, pada hal aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan
dan apa yang kamu terangkan, dan barang
siapa dari antara kamu berbuat (demikian) maka sesungguhnya sesat lah ia dari
jalan yang lurus.
2. Jika
mereka dapat (menakluk kan) kamu, nescaya mereka jadi musuh-musuh kamu dan
mereka akan hulurkan tangan-tangan mereka dan lidah-lidah mereka kepada kamu dengan
kejahatan, dan mereka suka kalau kamu kufur.
3. Tidak
akan memberi menafaat kepada kamu
kerabat-kerabat kamu dan tidak anak-anak kamu. Pada hari kiamat ia akan
memutuskan antara kamu, kerana Allah itu lihat apa yang kamu kerjakan.
4.
Sesungguhnya adalah bagi kamu satu ikutan yang baik pada (mencontoh) Ibrahim
dan orang-orang yang bersertanya tetakala mereka berkata kepada kaum mereka;
“sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa-apa yang kamu sembah selain Allah. Kami kufur
kepada kamu, dan nyatalah permusuhan dan kebencian antara kami dan kamu selamanya hingga kamu beriman
semata-mata kepada Allah”, kecuali perkataan Ibrahim kepada bapanya;
“sesungguhnya aku akan minta ampun bagi mu teapi aku tidak bisa mendapatkan
untuk mu apa pun dari Allah”, “hai Tuhan kami ! kepada mu lah kami berserah
diri dan kepada mu lah kami brtaubat dan kepada mu lah (kami akan) sampai”.
5. “Hai Tuhan kami ! janganlah engkau jadikan
kami barang percubaan bagi orang-orang
kafir, dan ampunkan lah kami, hai Tuhan kami ! sesungguhnya engkaulah yang
gagah, yang bijaksana”.
6.
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada mereka itu satu (contoh) ikutan yang baik (iaitu) bagi orang yang
mengharap (pertemuan) Allah dan (keselamatan) hari kemudain, dan barang siapa
berpaling, maka sesungguhnya Allah itu ialah yang kaya, yang terpuji.
7. Mudah-mudahan Allah jadikan percintaan antara kamu dan
antara orang-orang yang kamu musuhi dari mereka itu kerana Allah itu amat
berkuasa dan Allah itu pengampun, panyayang.
8.
Orang-orang yang tidak memerangi kamu dalam (urusan) agama dan tidak pengusir kamu keluar dari
kampung-kampung kamu, Allah tidak larang kamu berbuat kebaikan kepada mereka dan berlaku adil kepada mereka,
sesungguhnya Allah cinta orang-orang yang berlaku adil.
9. Tidak
lain melainkan orang-orang yang memerangi kamu didalam (urusan) agama dan usir
kamu keluar dari kampung kamu dan membantu (pengusir-pengusir) pada
mengeluarkan kamu lah Allah larang kamu menjadikan mereka sahabat, maka
mereka itu ialah orang-orang yang zalim.
10. Hai
orang-orang yang beriman ! apabila datang kepada kamu mukminat berhijrah, maka
ujilah akan mereka, Allah lebih tahu tentang iman mereka, kerana jika kamu
dapati mereka (betul) mukminat, maka
janganlah kamu kembalikan mereka kepada kafir-kafir
itu. Tidaklah perempuan-perempuan itu halal bagi mereka dan tidak pula mereka
halal bagi perempuan-perempuan itu, dan berikan lah kepada mereka apa yang
mereka telah belanjakan, dan tidak terlarang atas kamu bernikah dengan
perempuan-perempuan itu apabila kamu beri kepada mereka mahar-mahar mereka, dan
janganlah kamu tahan peringatan (kamu) dengan perempuan-perempuan kafir, dan
mintalah apa yang kamu telah belanjakan, dan biarlah mereka minta apa yang mereka telah belanjakan, yang demikian
itu hukum Allah, ia hukumkan diantara kamu, dan Allah itu yang mengetahui, yang
bijaksana.
11. Dan
jika siapa-siapa dari isteri-isteri kamu luput dari kamu (pergi) kepada
kafir-kafir lalu dapat kamu menaklukkan, maka hendaklah kamu beri kepada
orang-orang yang isterinya pergi itu sebanyak yang mereka belanjakan, dan
berbaktilah kepada Allah yang kamu beriman kepadanya.
12. Hai Nabi
! jika datang kepada mu mukminat ___________ (janji setia) bahawa mereka tidak
akan sekutukan apa pun dengan Allah, dan tidak akan mencuri, dan tidak akan
berzina, dan tidak akan membunuh anak-anak mereka, dan tidak akan mengadakan
dusta yang mereka bikin antara tangan-tangan dan kaki-kaki mereka, dan tidak
akan menderhaka kepada mu didalam perkara yang baik, maka terimalah perjanjian
mereka, dan mintakan lah ampun bagi mereka kepada Allah, sesungguhnya Allah itu
pengampun, penyayang.